Perutusan YDP PKPU

Assalamualaikum WBH…

Pengaruh globalisasi dan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita berkerja akan terus berubah begitu pesatnya dengan perkembangan-perkembangan ini.

Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini. Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan demi menjaga kepentingan ahli-ahlinya yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan Hal Ehwal Islam, maka PKPU sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan anggotanya yang berkhidmat di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Justeru, saya mengucapkan syukur dan berharap agar dengan terbinanya portal PKPU ini ia dapat memenuhi kehendak khalayak, khususnya kepada ahli-ahli PKPU.

Portal ini sentiasa dikemaskinikan dari segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan. Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, PKPU dapat menyumbang ke arah mewujudkan knowledge workers yang diperlukan di dalam perkhidmatan awam selaras dengan kemajuan pesat di dalam knowledge economy.

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari portal PKPU dan semoga ia menjadi pusat sumber maklumat setia anda!!

Sekian Wasalam, dan selamat maju jaya.
Yang Di Pertua