Maklumat Penting

Semakan Keahlian

Sebelum mendaftar sebagai ahli PKPU, bakal ahli diWAJIBkan untuk menyemak STATUS keahlian sebagai anggota yang sah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hanya ahli yang SAH sahaja akan dapat mendaftar. Jika anda mengalami sebarang masalah, sila hubungi pegawai jabatan.

Kemaskini Data Keahlian

Pihak pengurusan PKPU sedang MENGEMASKINI maklumat ahli (baharu dan lama) menggunakan borang keahlian yang baharu. Setiap ahli diNASIHATkan agar mengemaskini dengan segera bagi memudahkan penyimpanan rekod.