Kuala Lumpur, 13 Februari 2023 / YBhg Datuk Mohd Ajib bin Ismail YDP Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama ( PKPU ) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH. DCP Dato’ Haji Ghazali bin Daud, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman

Kunjungan tersebut adalah bertujuan menyantuni Pegawai JAKIM yang ditempatkan di luar ibu pejabat iaitu di Polis Diraja Malaysia. Selain daripada itu juga PKPU bertukar maklumat semasa berkaitan perkhidmatan hal ehwal Islam dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama warga JAKIM disamping membentuk kesatuan fikrah dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Kerjasama yang begitu baik antara JAKIM dan PDRM akan terus diperkasakan lagi melalui peranan yang akan di selaraskan oleh PKPU. Perjumpaan turut diadakan bersama kader JAKIM yang bertugas di PDRM serta sesi dialog bersama kader turut diadakan.

Turut hadir, ialah Ybrs Ustaz Hj. Jamal bin Abdul Halim Pegawai Turus Agama PDRM, Ybrs. Tuan Haji Zakaria bin Othman NYDP PKPU berserta rakan exco yang lain.