Tarikh Kandungan : 10-01-2010
PKPU akan membantu membangunkan industri halal negara dengan menyumbang tenaga dan kepakaran ahli-ahlinya yang berpengalaman dalam pembangunan persijilan halal menerusi kursus pemahaman pensijilan halal.
Ini berikutan persetujuan yang diperolehi daripada Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam (PKJ) Seluruh Malaysia yang telah bersidang buat kali ke-81 pada 8-10 Nov 2009.
Selaras keputusan tersebut, PKPU telah merangka kerjasama dengan syarikat yang berpengalaman dalam penganjuran kursus ini bagi membantu PKPU memulakan penganjuran kursus pemahaman sijil halal tersebut.
Kursus pertama dijangka akan dapat diadakan dalam waktu terdekat sejurus termeterainya memorandum persefahaman nanti. Pegawai-pegawai Jakim dan JAIN yang berpengalaman berpeluang untuk memberikan khidmat dalam kursus tersebut nanti.